Nisbah Jururawat Dan Penduduk Malaysia Kini 1:297

Diterbitkan: Rabu, 11 Mei 2016 9:01 PM

subramaniam

Datuk Seri Dr S. Subramaniam

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia kini mempunyai nisbah seorang jururawat bagi 297 penduduk dan jumlah itu hampir mencapai nisbah dicadangkan Pertubuhan Kesihatan Dunia iaitu seorang jururawat bagi 200 penduduk, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata matlamat kerajaan pada masa ini ialah menjadikan kesemua jururawat di negara ini berkelulusan ijazah pada masa akan datang.

"Untuk mencapai tahap itu pelbagai jenis perubahan perlu dibuat dalam sistem yang ada sekarang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dr Subramaniam berkata pada masa ini terdapat 89,000 jururawat dalam perkhidmatan kesihatan awam dan daripada jumlah tersebut, 652 jururawat  berkelulusan ijazah manakala selebihnya berkelulusan diploma.

Di sektor swasta terdapat 38,000 jururawat, katanya.

Dr Subramaniam berkata kerajaan juga ingin memastikan jururawat di negara ini dilatih dalam bidang gaya hidup supaya mereka boleh memainkan peranan sebagai kaunselor tentang makanan dan penjagaan kesihatan.

"Langkah ini secara tidak langsung dapat mengawal peningkatan penyakit akibat gaya hidup dalam kalangan masyarakat Malaysia," katanya.

Memandangkan peranan jururawat sangat mustahak dalam perkhidmatan kesihatan awam negara, katanya, golongan jururawat turut digalakkan memiliki pengkhususan  tertentu seperti dalam bidang kardiologi dan sebagainya.

Sambutan Hari Jururawat peringkat kebangsaan akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya esok bersempena Hari Jururawat Antarabangsa yang disambut setiap tahun pada 12 Mei, katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan