Majlis Peguam Rayu Keputusan Bersihkan Peguam Cecil Abraham

Diterbitkan: Rabu, 11 Mei 2016 2:27 PM

Cecil Abraham

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam mengemukakan rayuan terhadap keputusan Lembaga Disiplin Peguam Bela dan Peguam Cara (DB) yang membersihkan peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham daripada salah laku berkaitan dengan akuan bersumpah (SD) kedua oleh penyiasat persendirian P.Balasubramaniam.

Majlis Peguam memfailkan rayuan itu menerusi saman pemula pada April lepas melalui firma guaman Messrs Chee Hoe  and  Associates di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, menamakan Cecil sebagai responden tunggal.

Dalam saman pemula itu, Majlis Peguam memohon untuk mengetepikan keputusan DB bertarikh 11 Mac, 2016 dan satu perintah bahawa responden bertanggung jawab bagi salah laku mengikut Seksyen 94(3) Akta Profesion Undang-Undang 1976, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Majlis Peguam mendakwa DB telah terkhilaf di sisi undang-undang dalam memperakukan dapatan dan cadangan dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin (DC).

Mahkamah Tinggi menetapkan 8 Jun bagi pengurusan kes. Media memperoleh kertas-kertas kausa itu menerusi pencarian fail.

DB telah memperakukan dapatan dan cadangan DC yang mendapati tiada alasan untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap Cecil.

Aduan difailkan terhadap Cecil bagi salah laku atas dakwaan merangka SD kedua Balasubramaniam, yang merupakan saksi pendakwa raya dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Pendengaran prosiding tatatertib terhadap Cecil bermula 27 Feb 2014 dan berakhir pada 7 Feb 2015 dan dapatan serta cadangan DC mendapati tiada alasan untuk mengambil tindakan disiplin terhadap Cecil dan susulan itu DB memperakukan dapatan dan cadangan DC.

Pada 4 Julai, 2008, Balasubramaniam telah menandatangani SD kedua itu yang menarik balik seluruh isi kandungan dalam SD pertamanya yang mendakwa bahawa beliau telah dipaksa untuk menandatangani SD pertama dalam keadaan dures.

SD pertama itu berkaitan dengan perbicaraan kes bunuh Altantuya di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan