Doktor Gadai Kehidupan Demi Kerja Sukarela

Diterbitkan: Rabu, 11 Mei 2016 9:00 AM

Dr Nason Tan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keinginan untuk mendekati orang ramai telah ditanam pada usia muda dalam diri Dr Nason Tan yang  sudah biasa mengikuti ibu bapanya melakukan kerja-kerja sukarelawan di rumah orang tua-tua.

Hari ini, pengamal perubatan berusia 44 tahun itu terus menyumbang kepada kerja-kerja sukarela.

Ini termasuk menyediakan rawatan perubatan percuma kepada golongan miskin bandar bersama klinik bergerak Perkhidmatan Kesihatan Pertiwi, mengikuti misi kemanusiaan dengan Medicins San Frontieres, berurusan dengan isu-isu kesihatan seksual membabitkan komuniti LGBT dan menangani isu-isu kesihatan pelarian.

Dr Tan tidak melihat sesuatu yang luar biasa mengenai komitmen beliau itu.

"Saya mencari jurang yang perlukan pengisian, keperluan yang perlu ditangani dalam bidang yang saya minat.

"Sebagai contoh, saya mendapati bahawa akibat stigma, banyak pembekal penjagaan kesihatan tidak tahu bagaimana untuk berurusan dengan komuniti LGBT, dan ini adalah penting dalam menangani isu-isu kesihatan seksual. Jadi terdapat keperluan di sana," katanya.

Dr Tan turut terlibat dalam aktiviti sukarela termasuk ketika insiden bot karam pelarian Rohingya yang berlaku di rantau ini pada pertengahan 2015.

Ia akhirnya memberi ilham kepada Dr Tan dan tiga yang lain (dari Bangkok, Hong Kong dan Indonesia) untuk mewujudkan Asia Refugees Support Network iaitu sebuah platform media sosial untuk individu dan masyarakat awam mewujudkan inisiatif bagi membantu pelarian.

Selepas 10 tahun bekerja dengan Kementerian Kesihatan, kunjungannya ke Nepal menentukan laluannya pada masa kini.

"Saya mengumpul dana di kalangan keluarga dan rakan-rakan, kemudian pergi ke Jampa Ling, sebuah penempatan pelarian Tibet untuk berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris dan doktor di klinik yang kecil.

"Kami mendapat dana yang cukup untuk mengubahsuai klinik, asrama dan sekolah, dan membeli buku untuk perpustakaan," katanya.

Misi tiga bulan pertamanya dengan MSF adalah untuk berurusan dengan isu kekurangan zat makanan di Ethiopia.

Beliau turut menghabiskan masa selama sembilan bulan di Sierra Leone bagi membantu menangani wabak demam Lassa dan taun dan penyakit lain.

Dr Tan kini adalah Naib Presiden Lembaga Pengarah MSF Hong Kong dan doktor Malaysia pertama dipilih ke lembaga itu.

Tags / Kata Kunci: Dr Nason Tan , Sukarela

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan