Adun Pakatan Berpecah Isu Tambakan Tanah

Diterbitkan: Rabu, 11 Mei 2016 7:52 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Pulau Pinang berpecah dalam menyatakan pendirian berhubung usul penambakan tanah yang akan dibentangkan oleh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) pada persidangan Dewan Undangan Negeri yang sedang berlangsung.

Lima wakil rakyat yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri mahu usul itu ditolak manakala baki lima lagi penyokong kerajaan menegaskan bahawa mereka akan berkecuali walaupun menyedari ia akan menimbulkan kemarahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Sumber berkata, lima Adun yang berkecuali daripada mengundi berhubung usul yang sama pada persidangan November tahun lalu menegaskan bahawa mereka tidak akan menolak usul itu.

Mereka adalah Ong Chin Wen (Bukit Tengah), Dr Norlela Ariffin (Penanti), Cheah Kah Peng (Kebun Bunga), Dr T. Jayabalan (Batu Uban) dan Lee Khai Loon (Machang Bubuk).

Kumpulan itu mendakwa mereka bertindak mengikut suara hati pada pengundian lepas.

Difahamkan kumpulan wakil rakyat ini mengadakan mesyuarat di antara mereka berhubung isu berkenaan pada Isnin lalu.

Pada Selasa, Lim mempengerusikan mesyuarat pra-majlis Pakatan Harapan di pejabatnya di Komtar untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan persidangan itu, termasuk usul penambakan tanah.

Bagaimanapun tidak diketahui mengenai kandungan mesyuarat itu.

Sumber berkata PKR Pulau Pinang akan menyerahkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali untuk membuat keputusan muktamad.

Dilaporkan bahawa Adun BN Pulau Betong, Muhammad Farid Saad akan membentangkan usul menggesa kerajaan negeri membatalkan penambakan tanah.

Pendapatan daripada penambakan tanah itu akan digunakan untuk membiayai cadangan Penang Transport Master bernilai RM27 juta yang melibatkan beberapa projek mega termasuk tiga projek jalan raya utama dan terowong yang menghubungkan pulau itu ke tanah besar.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan