TVET: Tiada Lagi Stigma Pendidikan Kelas Kedua - Khairy

Diterbitkan: Selasa, 10 Mei 2016 8:35 PM

Khairy bersama para graduan kursus 1Belia 1Kemahiran (1B1K) pada majlis konvokesyen ke 4 kursus dan pelancaran 1B1K-Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kompeten: Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) berasaskan Pembelajaran Sepanjang Hayat, di Putrajaya, Selasa. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Latihan Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET) tidak lagi dianggap sebagai pendidikan kelas kedua sebaliknya menjadi laluan kerjaya pilihan bagi golongan belia hasil pemerkasaan program berkenaan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata sebelum ini, TVET sering dilihat dengan persepsi negatif iaitu hanya untuk golongan belia yang tercicir, tidak menamatkan persekolahan ke Tingkatan Lima, pernah dibuang sekolah atau pernah berada dalam pemulihan juvana.

"Tetapi pemerkasaan berterusan oleh kerajaan dan pengiktirafan industri terhadap mereka yang mengikuti TVET menjadikan ia satu laluan kerjaya yang sangat mudah buat golongan belia dari sudut kebolehpasaran berbanding graduan universiti," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis konvokesyen keempat 1Belia 1Kemahiran (1B1K) Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi 500 graduan TVET dari 14 institusi latihan kemahiran yang menerima sijil dan diploma di sini, Selasa.

Selain diangkat sebagai satu daripada teras utama dalam Rancangan Malaysia Ke-11, pemerkasaan dan penerimaan TVET juga hasil langkah strategik MBM mempromosi pendidikan itu dalam kalangan belia dengan memperkenal program 1B1K-MBM pada 2010, katanya.

Khairy berkata kerajaan juga menggariskan beberapa lonjakan dalam pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) termasuk memberi penekanan dalam menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan melahirkan graduan TVET berkualiti.

Memberikan 1B1K-MBM sebagai contoh, Khairy berkata program itu berjaya membantu 4,976 belia mendapatkan latihan kemahiran di institusi awam dan swasta sejak enam tahun pelancarannya.

"Dengan kebolehpasaran graduan TVET mencapai 90 peratus, iaitu sembilan daripada 10 graduannya mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian, saya harap stigma yang pendidikan di universiti sahaja boleh menjadikan anak muda belia cemerlang, tidak lagi wujud dalam kalangan masyarakat", katanya.

Pada majlis itu, Khairy turut melancarkan program 1B1K-UMP Kompeten:TVET Berasaskan Pembelajaran Sepanjang Hayat, satu daripada inisiatif Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam memartabatkan belia industri dalam bidang TVET. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: TVET , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan