Sultan Johor Berkenan Rasmi Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia

Diterbitkan: Selasa, 10 Mei 2016 5:42 PM

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memeriksa perbarisan ketika majlis perasmian Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2016 di perkarangan Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA di Johor Baharu, Selasa.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat merasmikan majlis sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini.

Turut berangkat ialah Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dan Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan, Timbalannya Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim juga menghadiri majlis itu.

Sejurus tiba kira-kira 9 pagi, Sultan Ibrahim menerima tabik hormat dan menyaksikan perarakan perbarisan oleh 22 kontinjen disertai seramai 1,620 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan pelajar sekolah serta 62 unit kenderaan jabatan berkenaan.

Pada sambutan itu yang bertema 'Bomba Tonggak Penyelamatan Negara', baginda turut berkenan merasmikan pameran jentera dan peralatan JBPM, yang antara lain mempamerkan buat julung kalinya lapan jentera bomba antik milik baginda.

Sementara itu, dalam ucapannya Abdul Rahman berkata Hari Anggota Bomba adalah khusus tanda penghormatan kerajaan dan masyarakat terhadap dedikasi serta komitmen anggota bomba yang banyak berjasa tanpa mengira kaum dan agama.

Beliau berkata jika dahulu peranan anggota bomba menjurus kepada menangani panggilan kebakaran sahaja, namun, tugas itu kini lebih kompleks apabila turut menangani mangsa kemalangan jalan raya, runtuhan bangunan dan tanah, kebocoran dan tumpahan bahan kimia berbahaya serta menangani insiden letupan gas dan tsunami.

"Pada 2015 sahaja, sebanyak 39,101 panggilan melibatkan kes penyelamatan dan khidmat kemanusiaan diterima JBPM yang membabitkan khidmat seperti menangkap ular atau haiwan berbahaya, operasi memusnahkan serangga, kes bunuh diri, ancaman pengganas, rusuhan, potong cincin, pokok tumbang dan pelbagai kes lain yang tidak melibatkan kebakaran," katanya.

Beliau juga meminta masyarakat supaya bergerak seiring dengan JBPM bagi memastikan khidmat kebombaan dan penyelamatan yang diberikan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Masyarakat perlu meningkatkan kesedaran terhadap aspek keselamatan bagi mengurangkan risiko kebakaran yang mengorbankan nyawa dan kerugian harta benda yang besar. 

"Mengikut taksiran, jumlah harta yang diselamatkan oleh JBPM akibat kejadian kebakaran di seluruh negara tahun lepas ialah RM30 bilion manakala taksiran kerugian akibat kebakaran adalah RM4.4 bilion," katanya.--Bernama


Tags / Kata Kunci: Sultan Johor , Abdul Rahman Dahlan , bomba

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan