Permintaan Tinggi Tiket Bas Aidilfitri Terutama Ke Pantai Timur

Diterbitkan: Selasa, 10 Mei 2016 5:59 PM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sesetengah syarikat bas ekspres di sini sudah mula melakukan persediaan bagi menampung permintaan pelanggan untuk tiket perjalanan pulang ke kampung, terutamanya ke pantai timur sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, dua bulan dari sekarang.

Ada juga yang telah mula menjual tiket mereka dalam talian dan membuka untuk tempahan awal kerana tiket ke destinasi seperti Kelantan dan Terengganu habis dijual setiap tahun.

Plusliner yang menyediakan dua perjalanan sehari ke Kota Bharu, Kelantan akan membuka untuk tempahan rasmi tiket Aidilfitri di kaunter tiketnya tiga minggu dari sekarang manakala SP Bumi yang meyediakan tiga perjalanan sehari ke Kuala Terengganu, Terengganu akan menjual tiket untuk Aidilfitri di kaunternya dua hari dari sekarang.

Beberapa pelanggan juga telah meninggalkan nombor telefon mereka di kaunter dan meminta mereka dihubungi sebaik sahaja tiket boleh dijual. 

"Saya tidak kisah membayar lebih untuk mendapatkan tiket pulang bagi Hari Raya kerana setiap tahun tiket habis dijual, kata Wan Husna Wan Ismail dari Kelantan ketika ditemui di stesen bas Sungai Nibong, di sini.

Syarikat bas lain seperti Shamisha telah membuka tempahan awal tiket di kaunternya dan menerima maklum balas yang baik.

"Ramai yang mengambil peluang untuk menempah tiket mereka seawal mungkin bagi mengelakkan kesukaran membeli tiket di saat akhir.

Tambahan pula, tiket ke Kelantan dan Terengganu adalah terhad dan ramai yang ingin pulang untuk Hari raya, kata ejen tiket Ashraf Muhamad.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Aidilfitri , Kelantan , bas

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan