KPT Beri Pilihan Kepada Ibu Bapa, Pelajar Tentu Hala Tuju Pendidikan Selepas SPM

Diterbitkan: Selasa, 10 Mei 2016 11:38 AM

GEMBIRA... Sebahagian daripada pelajar cemerlang dari Sekolah Menengah Perempuan St George's menunjukkan slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diterima masing-masing di sekolah itu di sini, hari ini. Sejumlah 6,277 calon peperiksaan SPM 2008 bagi seluruh negeri memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding 5,060 calon pada 2007.-- fotoBERNAMA
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan terus memberi pilihan kepada ibu bapa dan pelajar untuk menentukan hala tuju pendidikan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).

Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata kementeriannya tidak berhasrat untuk mewajibkan lepasan SPM yang gagal melanjutkan pengajian dalam bidang akademik supaya menyambung pengajian mereka ke institusi yang menawarkan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Beliau berkata lepasan SPM mempunyai banyak peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET, termasuk di 34 politeknik ataupun di 94 kolej komuniti seluruh negara di bawah seliaan KPT, dan juga di institusi-institusi lain yang menawarkan TVET. 

"Kerajaan dan pihak-pihak lain akan terus berusaha untuk memperkasa dan mengarusperdanakan TVET serta meningkatkan kesedaran mengenai program itu dalam kalangan pelajar dan ibu bapa agar ia menjadi pilihan utama pelajar lepasan SPM yang kurang cenderung mengikuti jurusan akademik," katanya ketika dihubungi Bernama.

Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Induk Jelajah Pendidikan Bumiputera 2016 Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar mengesyorkan agar kerajaan mewajibkan lepasan SPM yang tidak melanjutkan pengajian dalam bidang akademik supaya menyambung pengajian mereka ke institusi yang menawarkan TVET.

"Saya bukan tidak setuju dengan Tan Sri, namun adalah wajar ibu bapa dan pelajar diberi pilihan," kata Idris.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: SPM , Idris Jusoh , TVET

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan