Ahli Umno Perlu Hayati Konsep Kesetiaan Sepanjang Hayat - PM

Diterbitkan: Selasa, 10 Mei 2016 10:59 PM

Najib diwawancara dalam program Eksklusif Bersama PM sempena ulang tahun UMNO ke-70 yang dihoskan Sayed Munawar di Angkasapuri RTM malam Selasa. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Umno perlu menghayati konsep kesetiaan sepanjang hayat iaitu lahir, membesar dan meninggal dunia bersama-sama parti keramat itu, kata Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata anggota Umno dilihat mempunyai kecederungan asas iaitu cinta kepada parti, justeru itu, semua anggota Umno perlulah bersatu dalam apa jua keadaan.

"Tindakan pengasas Umno Datuk Onn Jaafar keluar Umno pada 1951, krisis Umno diharamkan dan perpecahan parti kepada Team A dan B pada pertengahan 1980-an dahulu tidak menjejaskan Umno... itu sebabnya, penting setiap anggota Umno perlu cinta dan setia kepada parti," kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian dalam Temu Bual Eksklusif Bersama Perdana Menteri yang dihoskan Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar sempena sambutan ulang tahun ke-70 Umno di TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM), yang disiarkan secara langsung malam Selasa.

Najib berkata Umno ialah sebuah parti yang berdaya tahan dan ia tetap tenang setiap kali diserang pembangkang. 

Najib berkata Umno perlu merasai 'denyutan nadi rakyat' dengan memberi khidmat kepada rakyat di semua peringkat berbanding pembangkang yang hanya pandai menabur janji.

"Umno mesti berubah dengan melakukan proses pengislahan dalaman bagi memastikan parti ini terus relevan dan bersesuaian dengan transformasi politik yang berlaku sepanjang masa.

"Umno pada zaman dahulu tidak sama dengan persekitaran hari ini, justeru, kita mesti menyesuaikan Umno dari segi pendekatan dan metodologi namun tanpa mengubah asas, nilai, prinsip dan matlamat yang dipegang," kata beliau.

Dalam pada itu, Najib berkata anggota Umno perlu menguasai ruang siber untuk membetulkan persepsi yang dilemparkan pelbagai pihak kepada kerajaan.

"Ini bukan satu opsyen...kita perlu menguasai ruang siber, kita sedang melakukannya menerusi unit teknologi maklumat Umno. Saya menyeru anggota Umno di semua peringkat supaya melibatkan diri secara aktif dalam ruang siber," kata perdana menteri.

"Walaupun Umno sebuah parti Melayu dan Bumiputera tetapi ia bukan rasis. Umno adalah parti teras yang menjadi tonggak kepada semua parti komponen Barisan Nasional (BN)," kata beliau.

Mengenai isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Najib berkata ia merupakan masalah perniagaan dan telah dijadikan modal politik untuk menjatuhkan beliau sebagai perdana menteri.

"Menteri Luar Arab Saudi (Adel Al-Jubeir) mengaku baru-baru ini bahawa sumbangan derma kepada saya memang datangnya dari Arab Saudi. Kerajaan pernah mencadangkan untuk mengumumkan sumber dana politik empat tahun lepas tetapi ditolak pembangkang," katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan turut menjelaskan bahawa kerajaan menguruskan ekonomi negara dengan baik termasuk mengambil langkah awal dengan mempelbagaikan sumber hasil negara dan tidak hanya mengharapkan kepada hasil minyak dan gas sahaja. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , Umno

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan