PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar: Umno Sudah Sedia - Ku Nan

Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2016 7:07 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Umno sudah mengenal pasti beberapa individu berpotensi untuk disenaraikan sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata itu antara persiapan awal dilakukan ibu pejabat parti itu selain melihat senarai pengundi, kawasan, demografi dan komposisi kaum di kedua-dua kawasan tersebut. 

"Kita akan berikan maklumat awal ini kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dijangka pada hujung bulan ini untuk diperbincangkan," katanya mengulas mengenai persiapan parti itu berhadapan pilihan raya kecil di kedua-dua kerusi Parlimen tersebut.

Penyandang kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad masing-masing maut dalam nahas helikopter di Sarawak, Khamis lepas. 

Bercakap pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini, Tengku Adnan berkata walaupun perasaan sedih masih menyelubungi seluruh anggota parti, Umno selaku sebuah parti politik perlu sentiasa bersedia menghadapi segala cabaran, termasuk berdepan pilihan raya kecil.

"Mengenai peluang, saya percaya kedua-dua kerusi ini jika dipertandingkan akan kekal atau kembali semula kepada Barisan Nasional (BN)," katanya. 

Dalam perkembangan lain, Tengku Adnan berkata Lembaga Disiplin Umno telah menyerahkan laporan siasatan kes disiplin melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir untuk pertimbangan Majlis Tertinggi. -- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan