Ramai Berkunjung Ke Kedutaan Filipina Untuk Mengundi

Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2016 6:45 PM

Rakyat Filipina mengundi pada hari terakhir pengundian di Kedutaan Filipina.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ramai rakyat Filipina di negara ini mengunjungi Kedutaan Filipina di sini sejak beberapa bulan bulan lalu untuk mengundi bagi pemilihan presiden.

Jumlah itu lebih ramai pada Isnin berikutan ia merupakan hari terakhir bagi rakyat Filipina di luar negara untuk mengundi, serentak dengan hari mengundi di Filipina.

Setiausaha Kedua dan Konsul Kedutaan Filipina di Malaysia, Johann Veronica M. Andal berkata, bilangan pengundi yang datang adalah konsisten sejak hari pertama rakyat Filipina di luar negara boleh mengundi pada 9 April lalu.

"Sudah tentu, hari ini lebih ramai (orang) kerana ada yang melakukannya pada saat akhir," kata Andal sambil menambah bahawa pihak kedutaan menutup pengundian pada pukul 5 petang, waktu yang sama pengundian berakhir di Manila.

Beliau berkata, ia merupakan pertama kali kedutaan itu di sini menggunakan sistem pengundian automatik, di mana pilihan pengundi akan dimasukkan secara berkomputer berbanding manual.

"Setakat ini, ia berjalan dengan baik," katanya mengenai proses mengundi.

Sementara itu, ramai yang memuji sistem pengudian baharu tersebut.

Joey Bong Revilla, 28, berasal dari Luzon dan menetap di Malaysia selama enam tahun berkata, sistem pengundian automatik menjadikan proses mengundi lebih mudah.

"Ia mudah, mengambil masa kurang dua minit untuk keseluruhan proses," kata Revilla, seorang 'programmer'.

Rakyat senegaranya yang merupakan pekerja domestik, Helen Nacin, 35, turut bersetuju dengan pendapat tersebut.

"Ia lebih pantas berbanding sebelum ini," kata wanita dari Mindanao yang berada di negara ini hampir dua tahun.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan