Pekerja Bergaji RM4,000 Sebulan Layak Dilindungi Perkeso

Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2016 4:03 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Pekerja yang bergaji kasar RM4,000 sebulan akan layak mendapat perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada Jun ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Katanya, Perkeso menjangka sebanyak 500,000 pekerja yang sebelum ini tidak layak dilindungi akan mendapat perlindungan itu berikutan kelulusan pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) oleh Parlimen baru-baru ini. 

Menurutnya, skim berkenaan akan dikuatkuasakan mulai 1 Jun depan setelah pindaan akta berkenaan diwartakan.

"Sebelum ini hanya pekerja yang gaji kasar bulanan tidak melebih RM3,000 layak untuk mendapatkan perlindungan dan dengan skim terbaru itu Perkeso menjangka 6.5 juta pekerja di negara ini akan mendapat manfaat daripada skim perlindungan Perkeso," katanya. 

Riot berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sesi penerangan berkenaan Rang Undang-Undang (Pindaan) 2015 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 bagi meningkatkan had siling caruman bulanan daripada RM3,000 kepada RM4,000 kepada pekerja, di sini, Isnin.

Pindaan akta itu merangkumi dua perkara utama iaitu meningkatkan amaun gaji bulanan seorang pekerja yang diinsuranskan daripada RM3,000 sebulan kepada RM4,000 sebulan, dan memperluaskan perlindungan skim keselamatan sosial kepada semua pekerja yang berkhidmat di bawah satu kontrak perkhidmatan tertakluk kepada siling gaji bulanan maksimum sebanyak RM4,000 sebulan.

Riot berkata peningkatan amaun gaji yang diinsuranskan sudah semestinya akan meningkatkan kadar caruman yang perlu dibayar oleh majikan, tetapi dalam masa yang sama pekerja akan menikmati peningkatan faedah tunai harian maksimum Hilang Upaya Sementara dan Hilang Upaya Kekal, masing-masing RM105 dan RM118.50 sebulan.

Di samping itu, katanya pencen Ilat dan Panakat maksimum ialah RM2,567.50 sebulan manakala Faedah Orang Tanggungan maksimum ialah RM3,676 sebulan.

Terdahulu, dalam ucapannya, Riot berkata Kementerian Sumber Manusia akan meminda lapan undang-undang perburuhan, antaranya Akta Kerja 1955, Akta Kesatuan Sekerja 1959, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990.

Beliau berkata pindaan akan dilaksanakan secara berperingkat dan sesi libaturus akan turut diadakan dengan semua pihak berkepentingan dari semasa ke semasa.

"Pindaan ini akan membawa perubahan yang signifikan ke atas landskap perburuhan negara dengan membuka lebih ruang kepada pihak majikan dan pekerja untuk bekerjasama dan memastikan keharmonian industri akan terus terjamin," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Perkeso , Akta 4 , Richard Riot Jaem

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan