PAS Perlu Sambut Baik Pelawaan Azmin - Mahfuz

Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2016 3:30 PM

Mahfuz

Datuk Mahfuz Omar

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS perlu merendahkan ego dan kembali sebagai satu pakatan pembangkang untuk meraih semula sokongan rakyat, kata Datuk Mahfuz Omar.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, rakyat mengimpikan penyatuan dan kesepakatan pakatan pembangkang yang meyakinkan dan mampu memberi harapan baharu untuk mengubah masa depan negara.

"Parti-parti pembangkang perlu kembali ke meja perbincangan melalui satu pakatan yang boleh memberi harapan baru untuk meyakinkan rakyat bagi perubahan masa depan Malaysia dengan merendahkan ego masing masing dan melihat ke hadapan bahawa rakyat mahukan perubahan bermula dengan penyatuan dan kesepakatan parti pembangkang yang meyakinkan.

"Saya sangat mengharapkan pimpinan PAS akan menyambut baik pelawaan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali demi Malaysia dan rakyat untuk bersama dalam satu pakatan pembangkang PAS, PKR, DAP dan Amanah serta parti parti lain dan NGO," katanya dalam kenyataan, Isnin.

Kenyataan ini dibuat selepas Azmin, pada Ahad, mengajak mengajak DAP, PAS dan Amanah bermuhasabah selepas kegagalan pembangkang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 7 Mei lalu.

Azmin berkata PKR, DAP, PAS dan Amanah perlu menerima hakikat bahawa kegagalan itu menunjukkan rakyat dengan lantang dan jelas menolak pertelingkahan sesama rakan sekutu politik.

Mahfuz berkata, kegagalan di Sarawak telah menyumbang satu mesej kecelaruan kepada pengundi dan rakyat walaupun ia bukan asas pokok kekalahan pembangkang di sana.

"Rakyat mengimpikan pakatan pembangkang yang benar-benar meyakinkan mereka sebagai kerajaan menunggu.

"Sewajarnyalah pemimpin parti politik pembangkang berpemikiran Malaysia dan menjauhi pemikiran sempit yang boleh dilihat oleh rakyat sebagai parti politik yang hanya memikirkan kepentingan parti sendiri sahaja," katanya.

Beliau seterusnya menasihati semua pemimpin parti parti politik supaya merendahkan ego,meninggikan akal mencari panduan, meneguhkan pegangan dan menggenggam keazaman untuk perubahan demi rakyat dan Malaysia tercinta.

Pada Jun 2015, Muktamar Dewan Ulama PAS sebulat suara meluluskan usul tergempar membatalkan kerjasama politik dengan DAP setelah parti itu secara rasmi memutuskan hubungan dengan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun, PAS tetap meneruskan kerjasamanya dengan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Pada 22 September 2015, gabungan pembangkang baharu, Pakatan Harapan dibentuk selepas tamatnya kerjasama politik antara PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Pakatan Harapan menggabungkan PKR, DAP dan Amanah.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan