Malaysia Airlines Ubah Suai Sajian Kelas Ekonomi

Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2016 10:14 PM

Gambar hiasan. Foto gila-makan.blogspot

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd mengubah suai sajian makanan kelas ekonomi bagi penerbangan jarak jauh dan pendek dalam usaha meningkatkan perkhidmatan pelanggan sebagai sebahagian daripada proses transformasi keseluruhan.

Ketua Pegawai Komersial, Paul Simmons berkata menu baharu itu, akan menyaksikan peningkatan kualiti ramuan yang digunakan, saiz protein dengan lebih dua kali ganda di samping hidangan yang lebih besar dengan persembahan keseluruhan sajian lebih menarik.

Beliau berkata, menu baharu yang dijadual dihidangkan pada bulan ini bagi kesemua penerbangan luar negara dari Kuala Lumpur adalah hasil daripada proses penambahbaikan sajian secara besar-besaran berdasarkan maklum balas pelanggan.

"Kami melabur 20 peratus lagi ke dalam kos penyediaan menu yang sempurna untuk memenuhi kepelbagaian pelanggan kami dalam Malaysia Airlines," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Simmons berkata, pelaburan baharu untuk sajian juga akan menyaksikan pengenalan hidangan panas bagi penerbangan jarak pendek serta pilihan yang sesuai untuk laluan tertentu.

Beliau berkata, lebih banyak sajian Malaysia akan dihidangkan dalam penerbangan antara Kuala Lumpur dan Australia termasuk kari dan rendang sebagai sebahagian langkah syarikat untuk menawarkan pengalaman Malaysia sebenar.

"Malaysia Airlines sedang melalui tempoh perubahan besar memandangkan kami membangun semula dari semua aspek untuk menjadi antara syarikat penerbangan terbaik di dunia, menumpukan penyediaan pengalaman pelanggan yang terbaik," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Malaysia Airlines , Paul Simmons

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan