Ketua Menteri Sarawak Mulakan Tugas

Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2016 2:47 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Dua hari selepas memperoleh kemenangan bergaya dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-11 (PRN-11), Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem sudah kembali ke pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini untuk memulakan tugas pada Isnin.

Ketibaan beliau pada 9.30 pagi disambut Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Pengarah Unit Pengurusan Sumber Manusia Sarawak Dr Sabariah Putit dan beberapa pegawai dari pejabat Ketua Menteri.

Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa ia kemudiannya diikuti dengan satu majlis kesyukuran di pejabat Adenan.

Sabtu lepas menyaksikan Barisan Nasional Sarawak memenangi 72 daripada 82 kerusi dalam PRN-11, kejayaan hebat berbanding kemenangan 55 daripada 71 kerusi pada PRN-10.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan