Jentera Bomba Antik Koleksi Sultan Johor Dipertonton Kepada Umum

Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2016 9:12 AM

Sultan Ibrahim bersama koleksi jentera bomba antik milik baginda.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Sambutan Hari Bomba peringkat negeri pada tahun ini akan berlangsung lebih istimewa apabila lapan jentera bomba antik yang dimiliki Sultan Johor akan ditayangkan kepada umum.

Jentera bomba itu, koleksi peribadi terbesar di dalam negara ini yang dibaik pulih di Britain akan dipertontonkan kepada umum di Persada pada Selasa.

Beberapa jentera digunakan Briged Bomba Johor yang sebelum ini berpangkalan di balai bomba Jalan Sungai Seget.

Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar berkata kesemua lapan jentera bomba itu berada dalam keadaan baik dan berfungsi untuk digunakan.

“Johor merupakan negeri pertama mempunyai Briged Bomba pada hari ini.

"Beberapa jentera bomba ini adalah sebahagian daripada sejarah negeri itu dan beta mahu ia dikekalkan," kata Sultan Ibrahim, seorang penggumpul motosikal mewah, trak dan kapal terbang dalam satu temubual.

Sultan Ibrahim bertitah baginda mempunyai 10 koleksi jentera bomba manakala dua lagi yang dibaik pulih masih belum tiba dari London.

Baginda turut mewarisi sebahagian jentera bomba dari datuknya dan memutuskan untuk membaik pulih ia ke keadaan asal.

"Sebaik sahaja jentera itu dibaik pulih, beta amat menyukainya dan selepas itu beta memutuskan untuk membeli beberapa lagi jentera bomba dari London yang sedia untuk dijual.

"Jentera bomba ini juga digunakan untuk operasi menyelamat dan memadam kebakaran di sana.

"Semuanya berfungsi dengan baik termasuk pam, hos, tayar dan tangga," kata baginda.

Antara koleksi yang akan dipertontonkan termasuk dua jentera model Dennis RR-B80, dua Ford Thames water tender, sebuah Mercedes Turntable Ladder, sebuah Dennis F108, Dennis F31 pump escape dan Dennis Camiva F127 Turntable Ladder.

Antara koleksi mewah Sultan Ibrahim termasuk sebuah pesawat Boeing 737 yang tiba di Lapangan Terbang Senai dari Amerika Syarikat baru-baru ini.

Pesawat itu yang dicat dengan warna emas dan biru turut mempunyai lambang negeri di bahagian ekor dan bendera di bahagian badan.

Baginda turut membeli trak Mack termahal di dunia.

Trak mewah itu mengambil masa setahun untuk disiapkan di ibu pejabat pengeluar Wacol, di barat daya Brisbane.


iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan