Wartawan Hiburan Kongsi Kisah Telefon Meletup, Keluar Api Jadi Viral

Diterbitkan: Ahad, 8 Mei 2016 12:32 AM

Keadaan telefon milik Tengku Khalidah yang meletup ketika dicas.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang wartawan hiburan yang berkongsi kisah ngeri di Facebook ketika telefon genggam dicas anaknya meletup lalu mengeluarkan api menjadi viral apabila peristiwa tersebut dikongsi lebih 19,000 pengikut laman sosial itu.

Perkongsian itu sehingga Sabtu turut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai apabila lebih 7,000 komen ditinggalkan.

Tengku Khalidah Tengku Bidin, 42, yang merupakan editor hiburan Utusan Malaysia berkata, kejadian malang itu berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi Sabtu ketika anak gadisnya dikenali sebagai Dina mengecas telefon genggam di sebuah bilik rumah mereka di Setiawangsa dekat sini.


Tengku Khalidah Tengku Bidin

Bagaimanapun selepas setengah jam kemudian, telefon berkenaan meletup lalu mengeluarkan api sehingga turut menyambar bantal yang digunakan bagi melapik alat telekomunikasi itu.

“Saya di dapur, terkejut bila anak menjerit-jerit, api... api. Api menjulang dari hand phone (HP) berasap-asap. Nasib kami sangat baik sebab HP tu memang tak ada siapa yang pegang. Memang saya selalu ingatkan anak, masa HP sedang cas tak boleh guna,” katanya dalam laman Facebook miliknya pada Sabtu.

Tambahnya, semasa kejadian dia melihat api menjulang keluar dari telefon berkenaan selain mengeluarkan asap yang banyak.

Ketika itu dia sempat bergegas menutup suis utama elektrik rumahnya bagi mengelakkan berlakunya litar pintas.

Dalam pada itu Tengku Khalidah yang juga Presiden, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) kepada mStar Online berkata, perkongsian kisah ngerinya adalah sebagai pengajaran buat diri sendiri selain meminta orang ramai mengambil iktibar atas apa yang berlaku.

Beginilah kesan akibat kejadian telefon genggam meletup ketika dicas yang turut menyambar bantal. 

Ujarnya, dia mengesyaki kejadian itu berpunca daripada masalah bateri telefon berkenaan yang berkemungkinan sudah lemah sehingga ia meletup apabila dicas.

Bagaimanapun dia bersyukur kejadian itu tidak menyebabkan kemalangan jiwa.

"Saya meminta orang ramai agar lebih berhati-hati ketika mengecas hand phone masing-masing agar kejadian sama tidak berulang.  Ambillah ia sebagai pengajaran agar kita dapat hindari kemalangan yang kita tidak jangkakan," katanya.
Tags / Kata Kunci: Tengku Khalidah , WHAM , Telefon Meletup

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan