Pelumba Maut Dalam Pertandingan Kereta Pecut

Diterbitkan: Ahad, 8 Mei 2016 11:21 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

MIRI: Perlumbaan kereta pecut yang berlangsung di tapak lapangan terbang lama Miri di Lutong, dekat sini berakhir tragedi apabila seorang daripada peserta maut dalam perlumbaan itu, Ahad.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Junaidi Bujang berkata Wong Teck King, 37, maut serta-merta akibat tercampak keluar dari kereta yang dipandunya semasa perlumbaan yang berlangsung pada 1.40 tengah hari itu.

"Kereta dipandu mangsa hilang kawalan selepas melalui garisan penamat sebelum terbabas di kawasan kebun berdekatan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Junaidi berkata, mangsa dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Miri dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan serius pada organ dalaman.

"Semasa kejadian, cuaca baik dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987." katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Pelumba Maut , Kereta Pecut

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan