Nahas Helikopter: Operasi SAR Seorang Lagi Mangsa Diteruskan

Diterbitkan: Ahad, 8 Mei 2016 1:00 PM

PENCARIAN DITERUSKAN.. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masuk hari ketiga di Jeti Pasar Lingga, Ahad. Anggota skuba Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersiap sedia menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SRI AMAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa nahas helikopter di Batang Lupar, dekat sini diteruskan bermula 8.05 pagi Ahad.

Pasukan mencari bergerak dari pusat operasi SAR Lingga untuk meronda di sepanjang perairan Batang Lupar.

Seramai 29 anggota bomba, tentera, dan Jabatan Pertahanan Awan Malaysia menggunakan sembilan bot bagi memulakan pencarian tersebut.

Selain itu, lima penduduk tempatan menggunakan bot sendiri turut membantu operasi pagi ini.

Setakat ini, lima mayat telah dijumpai termasuk Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan usaha giat dilakukan untuk mencari juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas.

Helikopter malang itu berlepas dari Betong ke Kuching pada 4.12 petang Khamis lepas sebelum ia hilang daripada radar kira-kira tiga minit kemudian.
Tags / Kata Kunci: nahas helikopter , operasi SAR

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan