MP Sipitang Sapawi Terlibat Kemalangan, Cedera Ringan

Diterbitkan: Ahad, 8 Mei 2016 8:38 PM

Keadaan kenderaan pacuan empat roda (4WD) Sapawi Ahmad tersadai selepas terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah kenderaan 4WD lain di Jalan Beaufort-Sipitang, Ahad. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

BEAUFORT: Anggota Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad terlibat dalam kemalangan jalan raya di Km18.5, Jalan Beaufort-Sipitang petang Ahad selepas kenderaan dinaikinya dilanggar sebuah kenderaan yang terbabas, menurut polis.

Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Mohd Azmir Abdul Razak berkata, bagaimanapun dalam kejadian pada kira-kira 4.10 petang itu, Sapawi yang duduk di kerusi penumpang hadapan kenderaan pacuan empat roda cuma mengalami kecederaan ringan dan sakit di bahagian dada.

Katanya pemandu kenderaan dinaiki Sapawi dikenali sebagai Abdul Madi Awangku mengalami kecederaan parah di bahagian kaki manakala seorang lagi penumpang kenderaan dikenali sebagai Mohd Dzul Mohd Kassim juga hanya cedera ringan di kepala.

Katanya pemandu sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda yang terlibat dalam kemalangan itu dikenali sebagai Zarbaniah Maritus turut mengalami kecederaan parah di kaki.

Mohd Azmir berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Beaufort untuk menerima rawatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan yang dinaiki bersendirian oleh Zarbaniah dari arah Beaufort ke Sipitang telah terbabas dan memasuki lorong bertentangan lalu melanggar kenderaan dinaiki Sapawi. -Bernama

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan