Lagi Serpihan Ditemui, Operasi SAR Mula Guna Alat Pengesan Logam - DCA

Diterbitkan: Ahad, 8 Mei 2016 1:41 PM

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman menunjukkan kawasan seluas 870 kilometer (km) persegi di Sebuyau dan Lingga dekat Sungai Batang Lupar, kira-kira 220km dari Kuching yang akan diberi tumpuan oleh pasukan SAR, Ahad. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) nahas helikopter akan mula menggunakan alat pengesan logam bagi mengesan bangkai pesawat terbabit, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman.

"Kita gunakan alat pengesan logam sekiranya ada isyarat daripada logam dan kita akan berusaha dapatkan penyelam di kawasan itu," katanya pada sidang media  harian di menara kawalan DCA di sini, Ahad.

Beliau berkata operasi SAR yang masuk hari keempat hari ini, akan tertumpu di kawasan seluas 870 kilometer (km) persegi di Sebuyau dan Lingga dekat Sungai Batang Lupar, kira-kira 220km dari sini.

Azharuddin berkata pasukan SAR juga telah menemui ekor pesawat dikenali sebagai 'tail boom' serta sebuah kusyen dipercayai milik helikopter itu.

"Sehingga 9.45 pagi ini, kita telah temui satu kusyen di kawasan Pulau Triso dekat muara Batang Lupar, dan juga 'tail boom' di Sungai Merah kira-kira 4 kilometer di Timur Laut Lingga.

"Antara cabaran dihadapi pasukan SAR ialah jarak penglihatan paling minima selain arus sungai yang deras," katanya.

Ditanya tentang dakwaan bahawa helikopter malang itu membawa lebih muatan penumpang seramai enam orang sehingga menyukarkan juruterbang melakukan penerbangan, Azharuddin berkata ia hanya berbentuk spekulasi.

"Ia adalah spekulasi di media sosial dan biarlah Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) jalankan siasatan yang telah dimulakan sejak hari pertama sehingga kita tahu punca kemalangan berlaku," katanya.

Sehingga kini, lima mayat penumpang helikopter itu telah ditemui termasuk Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon.

Operasi mencari sedang giat dilakukan oleh 650 anggota pelbagai agensi untuk mencari juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas, yang masih hilang.

Helikopter malang jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong ke Kuching pada 4.12 petang Khamis lepas, sebelum ia hilang daripada radar kira-kira tiga minit kemudian.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan