Perkhidmatan KTMB Kembali Beroperasi Seperti Biasa

Diterbitkan: Ahad, 8 Mei 2016 2:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kembali beroperasi seperti biasa sejak 10 malam tadi selepas insiden kemalangan membabitkan dua buah tren bergesel di Km322 di Kuala Kubu Baharu, Sabtu.

Jurucakap KTMB berkata perkhidmatan KTM Komuter di laluan Rawang-Tanjung Malim dan perkhidmatan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) yang mengalami gangguan akibat insiden itu, kembali beroperasi seperti biasa.

"Orang awam boleh menaiki tren di semua laluan," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Pada Sabtu, dua tren KTMB terbabit kemalangan selepas bergesel di Km322 di Kuala Kubu Baharu namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Kejadian pada pukul 1.48 tengah hari itu melibatkan tren Ekspres Rakyat (Butterworth-Johor Baharu) yang membawa 170 penumpang dan perkhidmatan ETS (Kuala Lumpur-Ipoh) dengan 340 penumpang menyebabkan beberapa perkhidmatan KTMB mengalami gangguan.

Hanya tiga penumpang cedera ringan dalam kejadian itu. 
Gerabak tren yang rosak akibat kemalangan itu (di lokasi kejadian) sedang dalam proses pengalihan dan baik pulih, kata jurucakap itu.
Tags / Kata Kunci: operasi KTMB , ETS

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan