DAP Akur Kehendak Rakyat Sarawak

Diterbitkan: Ahad, 8 Mei 2016 8:21 AM

Chong Chieng Jen

(Ubah saiz teks)

KUCHING: DAP menerima kekalahan parti itu dan akur dengan kehendak rakyat dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-11 (PRN-11), kata Pengerusi DAP negeri, Chong Chieng Jen.

"DAP telah tewas dalam pertempuran di pilihan raya ini," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini.

Beliau mengakui pencapaian itu telah mengecewakan parti itu tetapi ia tidak akan menghalang daripada meneruskan perjuangan bagi menyediakan alternatif untuk rakyat Sarawak.

Beliau berkata peratusan keluar mengundi yang rendah merupakan salah satu penyebab parti itu kehilangan kerusi tetapi menambah bahawa jumlah undi kaum Cina tidak terlalu besar untuk Barisan Nasional (BN).

"Hanya lima peratus undi Cina beralih kepada BN. Kami akan melakukan 'post-mortem' dan faktor-faktor yang menyebabkan kekalahan supaya dapat memperbaiki diri dan kembali semula dengan lebih kuat," katanya yang berjaya mempertahankan kerusi Kota Sentosa.

Pada pilihan raya negeri kali ini, DAP gagal mempertahankan lima kerusi apabila hanya meraih tujuh berbanding 12 kerusi dimenangi pada 2011.

Ditanya sama kekalahan parti itu disebabkan perbalahan agihan kerusi dengan PKR, Chong berkata isu itu akan dibincangkan semasa kajian semula prestasi parti itu.

Berhubung tindakan parti itu mencuba nasib di kerusi kawasan pedalaman, Chong berkata ia adalah keputusan yang betul tetapi mengakui politik luar bandar bukan sesuatu yang mudah.

Chong mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang membantu beliau mengekalkan kerusinya dan berjanji akan terus memainkan peranannya di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tags / Kata Kunci: Chong Chieng Jen , PRN Sarawak

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan