PRN Sarawak: Ditolak Rakyat, Azmin Ajak DAP, PAS, Amanah 'Muhasabah'

Diterbitkan: Ahad, 8 Mei 2016 9:17 AM

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hakikat bahawa rakyat dengan jelas menolak pertelingkahan sesama rakan sekutu politik.

Katanya, mesej itu telah disampaikan rakyat secara 'lantang dan jelas' menerusi keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang diumum malam Sabtu.

"Rakyat Sarawak sudah pun bersuara dan kita sebagai pembangkang di peringkat nasional sewajarnya berhenti sejenak dan mendengar mesej yang ingin disampaikan mereka.

"Mesejnya lantang dan jelas, rakyat menolak pertelingkahan sesama kita. Pencapaian kita mungkin lebih baik jika sejak awal lagi kita bersatu hati dan bekerjasama seperti kelaziman kita," katanya dalam satu kenyataan, Ahad.

Timbalan Presiden PKR itu berkata setiap parti pembangkang perlu akur bahawa perbezaan pendapat dalam isu tertentu akan terus wujud pada masa hadapan tetapi ia perlu ditangani dengan semangat kebersamaan.

Katanya, pembangkang diyakini mampu bangkit kembali setelah gagal dalam PRN Sarawak dengan semangat persaudaraan, sikap saling bertolak ansur, serta saling hormat-menghormati.

"Keyakinan yang didorong semangat kebersamaan selama ini akan terus membantu kita melangkaui perbezaan ini.

"Saya menyeru kita semua untuk bertemu dan bermuhasabah bagi menguruskan perbezaan kita demi manfaat bersama sebagai parti politik serta demi negara kita yang tercinta ini," katanya.

Mengenai kekalahan DAP beliau berkata PKR menganggapnya sebagai kekalahan bersama.

Beliau juga menyeru agar Amanah dan PAS supaya terus bergerak ke hadapan bersama PKR dan DAP bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14).

"Walaupun PKR mengekalkan kerusi-kerusinya, kekalahan DAP juga merupakan kekalahan kita bersama. Malah, kekalahan mana-mana ahli dalam pakatan ini adalah satu kekalahan buat PKR.

"Justeru, Amanah dan PAS haruslah terus mara bersama PKR dan DAP. Kita perlu terus bergerak ke hadapan secara bersama bagi menghadapi PRU-14 sebagai satu pasukan," katanya.

Tags / Kata Kunci: PRN Sarawak , Mohamed Azmin Ali

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan