SPAD Akan Siasat Insiden Kemalangan Tren KTMB Di Kuala Kubu Bharu

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mei 2016 11:20 PM

Dua tren milik Keretapi Tanah Melayu Berhad iaitu tren penumpang 13 gerabak dari Butterworth dan tren elektrik ETS bertembung di Stesen Komuter Batang Kali jam 1.48 tengah hari Sabtu. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandang serius kemalangan yang berlaku melibatkan dua tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berdekatan Stesen Kuala Kubu Bharu pada Sabtu.

SPAD dalam kenyataan pada Sabtu berkata, tindakan sewajarnya akan diambil setelah siasatan selesai dan buat masa ini KTMB sedang berusaha untuk membuka semula landasan dengan kadar segera.

"Pengumuman pembukaan semula akan dibuat oleh pihak KTMB. Untuk maklumat lanjut mengenai pembukaan perkhidmatan, para pengguna dinasihat merujuk kepada www.ktmb.com.my atau menghubungi talian KTMB di 03-2267 1200," katanya. 

Tiga orang penumpang mengalami kecederaan ringan dalam kejadian 1.45 tengah hari itu melibatkan tren Ekspres Rakyat (Butterworth-Johor Baharu) dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS)(Kuala Lumpur-Ipoh) yang bergesel di Km322.

Bagaimanapun, kesemua penumpang yang selamat telah dipindahkan oleh KTMB melalui bas perantara yang disediakan untuk menyambung perjalanan masing-masing. - Bernama

Tags / Kata Kunci: SPAD , KTMB

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan