PRN Sarawak: Semua Pemimpin Parti Komponen BN Menang

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mei 2016 11:09 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kesemua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi ditandingi mereka pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11), termasuk Presiden SUPP, Senator Datuk Dr Sim Kui Hian di Batu Kawah.  

Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mencatat kemenangan mudah bagi kerusi Tanjong Datu, menewaskan pencabarnya Jazolkipli Numan daripada PKR untuk penggal ke-10 sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri.

Presiden PBB itu meraih 6,360 undi, manakala Jazolkipli hanya memperoleh 468 undi dan hilang deposit.

Dalam pertembungan paling ditunggu-tunggu pada pilihan raya negeri kali ini, Dr Sim yang meraih 6,414 undi, mengalahkan penyandang Christina Chiew Wang See daripada DAP yang memperoleh 4,329 undi.

Calon Bebas Liu Thian Leong, bekas pengerusi UPP Batu Kawah, hanya mendapat  1,109 undi, sekali gus hilang deposit. 

Presiden PRS, Tan Sri Dr James Masing mengekalkan kerusi Baleh yang disandangnya sejak 1983, apabila mengalahkan calon DAP Agop Linsong dengan majoriti 4,793 undi. 

Masing yang juga Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, memperoleh 5,272 undi berbanding hanya 479 undi diraih Agop, yang hilang deposit dalam pertandingan satu lawan satu itu. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan