PAS Perlu Kaji Pemecatan Saya Daripada Parti - Husam

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mei 2016 12:14 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa berkata PAS wajar mengkaji semula pemecatannya kerana beliau masih belum menjawab surat tunjuk sebab yang dipinta Jawatankuasa Tatatertib parti sebelum ini.

Sambil mengakui dirinya masih lagi anggota PAS kerana masih belum menerima surat rasmi berhubung pemecatannya, Husam berkata beliau juga keliru dengan tindakan parti itu yang memecatnya tanpa memberikan sebarang alasan.

"Saya belum jawab surat tunjuk sebab (sebagaimana yang dipinta Jawatankuasa Tatatertib). (PAS) patut kaji semula sebab saya tak tahu kenapa saya dipecat.

Kalau dibaca dalam kenyataan media tak dinyatakan sebab. Mungkin saja ada pihak nak 'provoke' saya.

"Mungkin saya tak ada apa-apa kesalahan dan parti politik kadang-kadang mungkin ambil tindakan kerana politik, bukan kerana kesalahan," katanya sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa di sini, Jumaat malam.

Hari ini, Jawatankuasa Tatatertib PAS mengesahkan memecat Husam setelah meneliti aduan salah laku terhadap bekas naib presiden parti itu dan mendapati beliau telah melakukan tindakan serta perbuatan yang menyalahi Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), Perlembagaan PAS.

Husam sebelum ini dilihat lantang menyerang parti dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terutamanya dalam isu dakwaan kerjasama antara PAS dan Umno.

Mengulas lanjut, Husam berkata beliau akan menghadiri Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kubang Kerian yang dijadualkan esok kerana masih belum menerima surat rasmi berhubung pemecatannya itu.

Tags / Kata Kunci: PAS , Husam Musa

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan