Noriah Seorang Pemimpin Berkaliber - Shahrizat

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mei 2016 9:00 AM

Shahrizat (tiga, kiri) hadir bagi menantikan ketibaan jenazah Noriah di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang malam Jumaat. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SUBANG: Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon sebagai pemimpin berkaliber berikutan peranannya yang sering membantu dalam urusan kerajaan khususnya ketika persidangan Dewan Rakyat.

Beliau berkata Allahyarham seorang yang amanah dalam menunaikan tanggungjawab sepanjang menceburkan diri dalam politik.

"Arwah kelihatan sangat ceria dan banyak berseloroh dengan anggota Umno lain ketika kali terakhir kami bertemu dalam satu majlis tiga minggu lepas.

"Saya agak terkejut kerana arwah pergi dalam usia yang muda, namun ini semua ketentuan ilahi, malah arwah pergi dalam hari yang baik iaitu ketika malam Isra' Mikraj," katanya kepada pemberita di Pangkalan Udara TUDM Subang di sini.

Terdahulu, jenazah Noriah yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada Khamis tiba di pangkalan udara itu pada pukul 11.40 malam Jumaat melalui penerbangan ihsan dari Pangkalan Udara Kuching yang berlepas pada pukul 9.15 malam.

Jenazah arwah kemudian dibawa ke Parit Dua, Sungai Burung di Tanjung Karang untuk urusan pengebumian.

Sementara itu, Anggota Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar ketika ditemui pemberita di rumah keluarga Allahyarham berkata pemergian Noriah diibaratkan sebagai satu kehilangan besar kepada Umno Selangor.

Beliau berkata Allahyarham merupakan pemimpin yang berjiwa rakyat dan amat disenangi rakyat Selangor terutama di kawasan Parlimen Sungai Besar.

"Saya telah lama mengenali beliau kerana kami bukan sahaja satu kampung dan satu sekolah di Tanjong Karang, bahkan saya sendiri yang membawanya menyertai Umno.

"Sebab itu pemergian beliau amat memberi kesan kepada kami dan satu kehilangan kepada Umno," katanya.

Noh berkata beliau bagi pihak Umno Selangor turut merakamkan rasa simpati kepada keluarga Noriah terhadap tragedi yang menimpa Allahyarham.

Noriah merupakan mangsa pertama yang ditemukan selepas pesawat Eurocopter AS350 yang dinaiki bersama lima lagi dari Betong ke Kuching, hilang petang Khamis.

Jasadnya ditemui di kawasan pencarian awal helikopter terbabit di Sungai Batang Lupar dekat Sebuyau, tengah hari Sabtu.

Selain Noriah, turut menaiki helikopter sama ialah suaminya Asmuni Abdullah dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar, yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas turut menaiki pesawat itu. - BERNAMA



iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan