Nahas Helikopter: Mayat Kedua Disahkan Dr Sundaran

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mei 2016 4:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Mayat kedua yang ditemui dari lokasi nahas helikopter dikenali pasti sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai (gambar).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa mayat yang ditemui pada pukul 8.30 pagi Sabtu adalah Dr Sundaran.

"Mayat ketiga masih menjalani bedah siasat," katanya kepada pemberita di Hospital Umum Sarawak.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tiga mangsa lelaki masih belum ditemui.


Tags / Kata Kunci: Sundaran Annamalai

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan