Suasana Pembuangan Undi Kecoh, Koridor Runtuh - Berita Semasa | mStar

Suasana Pembuangan Undi Kecoh, Koridor Runtuh

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mei 2016 10:24 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Suasana pembuangan undi di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kuala Annau kecoh apabila koridor yang menjadi tempat menunggu pengundi runtuh pagi ini.

Ketika kejadian, seramai 40 pengundi dilapor sedang berbaris menunggu giliran untuk membuang undi sebelum semuanya terjatuh bersama runtuhan koridor kayu itu.

Berikutan itu, seorang daripada mereka mengalami kecederaan ringan yang telah diberi rawatan.

Kejadian itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Bintulu,Superintendan Zailani Amit.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan