Nahas Helikopter: Karnival Umno Dibatalkan - Tengku Adnan

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mei 2016 12:30 PM

Tengku Adnan Tengku Mansor

Tengku Adnan Tengku Mansor.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Karnival Himpunan Hari Umno sempena ulang tahun ke-70 parti itu yang dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka pada Sabtu depan dibatalkan.

Turut dibatalkan acara Sukan Umno dan Larian Bendera Umno yang sedang berlangsung sekarang ini di seluruh negara.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pembatalan itu dibuat bagi menghormati insiden nahas helikopter ASS350 yang membawa enam  orang penumpang termasuk Timbalan Menteri Perusahaan Peladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar.

Beliau berkata walaupun persiapan telah dibuat sepenuhnya dan perancangan telah dilakukan, namun kepimpinan parti sepakat untuk tidak meneruskan program tersebut.

"Kami berpandangan ini bukan masa yang sesuai untuk meneruskan acara tersebut apatah lagi rasa sedih bukan hanya menyelubungi ahli keluarga mangsa tetapi juga ahli-ahli Umno dan rakyat di seluruh negara.

"Namun, sambutan ulang tahun Umno yang dijadualkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 11 Mei akan diteruskan secara sederhana membabitkan bacaan Yassin dan tahlil bagi memperingati mangsa nahas," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sementara itu, Tengku Adnan mewakili Umno merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa dan sentiasa berdoa agar usaha pencarian berjalan lancar dan dipermudahkan.

Katanya, kepimpinan parti dan ahli-ahli Umno turut berdukacita dan bersedih atas insiden yang berlaku.

Selain Noriah, helikopter terhempas itu turut dinaiki suaminya, Asmuni Abdullah serta Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Penumpang lain ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri.

Pesawat itu dilaporkan diterbangkan oleh Kapten Rudolf Rex Ragas.

Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan