Isu Banglo: Guan Eng Hadir Beri Keterangan

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mei 2016 11:32 AM

Guan Eng tiba di pejabat SPRM pagi Sabtu.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Lim Guan Eng tiba di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini untuk membantu siasatan berhubung pembelian sebuah banglo di Jalan Pinhorn dan penjualan tanah di Taman Manggis.

Guan Eng tiba di pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah kira-kira pukul 10.05 pagi untuk diambil keterangan selepas sesi pada Jumaat berakhir selepas pukul 7 malam.

Peguam RSN Rayer yang tiba lebih awal kira-kira pukul 9.30 pagi bertemu Guan Eng di pintu masuk bangunan tersebut.

Gobind Singh yang hadir pada sesi soal siasat pada Jumaat memberitahu pemberita bahawa SPRM memerlukan masa selama dua hari untuk mengambil keterangan daripada Guan Eng.

Pada Jumaat, pemilik rumah banglo tersebut, Phang Li Koon hadir memberi keterangan kepada SPRM di sini.

Phang dan pemilik KLIDC Sdn Bhd Datuk Tang Yong Chew hadir bersama-sama peguam mereka.

Phang tiba pada kira-kira 8.30 pagi bersama dengan pemilik dan dilihat memasuki bangunan SPRM dengan ditemani para peguam beliau.

Kesemua mereka dilihat meninggalkan bangunan SPRM kira-kira 1.30 tengah hari.

Pembelian banglo di Jalan Pinhorn, George Town oleh Lim dengan harga RM2.8 juta mencetuskan kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkannya pada persidangan Dewan Rakyat dan mendakwa harga itu adalah di bawah nilai pasaran.

Proses jual beli itu juga didakwa mempunyai kaitan dengan penjualan tanah negeri di Taman Manggis yang diperuntukkan bagi pembinaan projek perumahan rakyat termiskin.

KLIDC (Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd) telah membeli tanah itu daripada kerajaan negeri.

Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng , banglo , Taman Manggis , SPRM

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan