Amanah Tawar Husam Pengerusi Negeri

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mei 2016 1:13 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Parti Amanah Negara (Amanah) sekali lagi menawarkan jawatan pengerusi parti itu di peringkat negeri kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa.

Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata beliau sedia berundur daripada jawatan itu bagi memberi laluan kepada Husam untuk menerajui parti itu di peringkat negeri.

"Amanah Kelantan bukan setakat mengalu-alukan kehadiran Husam sebagai anggota amanah, bahkan seperti yang saya sebut dahulu, saya pegang jawatan itu untuk Husam.

"Jadi sebaik sahaja dia (Husam) hadir (sertai Amanah) saya akan memberikan kepimpinan Amanah Kelantan kepada beliau," katanya pada satu majlis parti itu yang turut dihadiri Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad di sini, Sabtu.

Februari lepas, Wan Abdul Rahim dipetik sebagai berkata beliau akan memberi laluan kepada Husam untuk menjawat jawatan Pengerusi Amanah Kelantan jika Husam dipecat daripada PAS.

Pada Khamis, Jawatankuasa Tatatertib PAS mengesahkan memecat Husam setelah meneliti aduan salah laku terhadap bekas naib presiden parti itu dan mendapati beliau telah melakukan tindakan serta perbuatan yang menyalahi Fasal 82(1)(b), (c),(d),(e) dan (f), Perlembagaan PAS.

Husam sebelum ini dilihat lantang menyerang parti dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, terutamanya dalam isu dakwaan kerjasama antara PAS dan Umno.

Ditanya mengenai dakwaan 10 wakil rakyat PAS akan menyertai parti itu selepas Husam dipecat, Wan Abdul Rahim berkata:"Insya-Allah, tapi belum masa lagi lah,".

Sementara itu, Khalid berkata pemecatan Husam daripada PAS mencerminkan parti itu kini telah banyak berubah, sekali gus menunjukkan PAS tidak mengkaji suasana politik semasa serta kesannya terhadap parti itu sendiri.

"Saya rasa dengan sikap mereka memecat Husam ini merupakan satu bukti bahawa sebenarnya keadaan dalam PAS taklah seperti dahulu.

"Ini akan mendatangkan kesedaran dalam kalangan rakyat Kelantan bahawa suasana (politik sedang) berubah dan saya yakin rakyat Kelantan akan mendesak supaya Amanah berperanan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang untuk halang  kemenangan Barisan Nasional (BN) (di negeri ini)," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan