1,754 Pusat Mengundi Disediakan Di Seluruh Sarawak Sabtu

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mei 2016 9:17 PM

Menjelang hari pembuangan undi bagi Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak ke-11 Sabtu ini, rakyat Bumi Kenyalang ini khususnya di kawasan-kawasan pedalaman, sudah biasa mendengar bunyi deruman helikopter terbang ke sana sini memenuhi ruang angkasa Sarawak. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Setelah 12 hari mengharungi tempoh kempen dalam suasana tenang bagi Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11), rakyat Sarawak akan keluar mengundi di 1,754 pusat mengundi di seluruh negeri, Sabtu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah bersiap sedia mengendalikan pilihan raya itu dalam masa sehari melalui 2,789 saluran mengundi, disediakan di seluruh pelusuk negeri termasuk di kawasan pedalaman, yang terpaksa diakses melalui pengangkutan udara bagi menjimatkan masa.

Kesemua pusat mengundi akan dibuka pada 8 pagi dan ditutup sepenuhnya pada 5 petang, namun ada beberapa pusat mengundi akan ditutup lebih awal bermula 9 pagi mengikut lokasi dan jumlah pengundi, kata SPR. 

PRN-11 yang diadakan susulan pembubaran DUN Sarawak pada 11 April lepas, menyaksikan pertambahan 11 kerusi DUN baharu berikutan persempadanan semula kawasan, menjadikan jumlah kerusi bertambah kepada 82 daripada 71, sebelum ini.

Kerusi-kerusi baharu itu ialah Batu Kitang, Stakan, Serembu, Bukit Semuja, Gedong, Kabong, Tellian, Bukit Goram, Murum, Samalaju dan Mulu.

Pada hari penamaan calon 25 April lalu, parti pemerintah BN yang bertanding di kesemua 82 kerusi, mencapai kemenangan awal di dua kerusi DUN - Bukit Kota dan Bukit Sari, apabila calonnya Dr Abdul Rahman Ismail dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, menang tanpa bertanding.

Dalam pengundian pada Sabtu, BN bertanding di 80 kerusi DUN lagi, PKR 40 kerusi, DAP (31), Amanah (13), PAS (11), STAR (11), PBDS Baru (5), manakala 35 calon Bebas turut bertanding.

Sejumlah 1,138,650 berdaftar sebagai pemilih dalam senarai pemilih yang digunakan pada pilihan raya kali ini oleh SPR.

Mereka terdiri daripada 1,113,522 pengundi biasa, 25,022 pengundi awal yang terdiri daripada tentera, polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan mereka, dan 106 pemilih tidak hadir luar negara.

Pada 3 Mei lepas, 72 peratus daripada 24,604 pengundi awal terdiri daripada anggota pasukan keselamatan serta pasangan masing-masing telah menunaikan tanggungjawab mereka di 79 pusat mengundi seluruh negeri.

Jabatan Meteorologi Sarawak meramalkan cuaca mendung dan hujan di beberapa kawasan di Sarawak, termasuk di bahagian Betong, Sarikei, Mukah, Bintulu, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang, pada pagi Sabtu.

Jurucakap jabatan itu memaklumkan pada sebelah petangnya, ribut petir dan hujan dijangka berlaku di satu dua tempat di semua kawasan, manakala pada waktu malam, satu dua tempat di bahagian Bintulu dan Kapit, dijangka hujan.

SPR juga menasihatkan pengundi supaya keluar awal, selain bersiap sedia dengan payung semasa keluar mengundi berikutan keadaan cuaca yang diramal hujan, Sabtu.

Pada PRN 2011, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi DUN, manakala DAP menguasai 12 kerusi, PKR (3) dan Bebas (1).

DAP, bagaimanapun hilang satu kerusi apabila ADUN Pujut, Fong Pau Teck dipecat daripada parti berkenaan. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan