Nahas Helikopter: Operasi Mencari, Menyelamat Diteruskan - Tiong Lai - Berita Semasa | mStar

Nahas Helikopter: Operasi Mencari, Menyelamat Diteruskan - Tiong Lai

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mei 2016 10:01 PM

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membawa bangkai helikopter yang terhempas di Sungai Batang Lupar ke jeti Feri Sebuyau pada Jumaat. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) antara Simunjan dan Betong di Sarawak akan diteruskan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini diketuai Jabatan Penerbangan Awam dengan dibantu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat malam.

Tiong Lai berkata, siasatan akan dijalankan Biro Siasatan Kemalangan Udara yang diketuai Kapten Datuk Yahaya Abd Rahman.

Tambahnya, dua pusat operasi untuk mengurus dan menyalurkan maklumat diwujudkan di Kementerian Pengangkutan, Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak.

"Kedua-dua pusat itu boleh dihubungi menerusi talian 03-88921488, 03-88921489 atau 082-451702," kata Tiong Lai.

"Ingatan dan doa kami adalah bersama keluarga dan mereka yang tersayang kepada mangsa dalam pesawat itu," katanya.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan