Noriah Kasnon, Daripada Seorang Peguam Ke Jawatan Timbalan Menteri

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mei 2016 1:47 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Noriah Kasnon, 52, yang memulakan kariernya sebagai seorang peguam, mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentabiran kerajaan.

Bermula sebagai setiausaha parlimen Kementerian Penerangan selama empat tahun sejak Mac 2004, Noriah, Anggota Parlimen Sungai Besar, Selangor dinaikkan jawatan kepada timbalan menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat di bawah Kabinet baharu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pada April 2009, di bawah pentadbiran baharu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau dilantik sebagai timbalan menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Pada 2012, beliau ditukarkan menjadi timbalan menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan setahun kemudian selepas Pilihan Raya Umum 2013, beliau dipindahkan ke Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi hingga sekarang.

Lulusan bidang undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1988, beliau aktif dalam Umno sejak 1992 dan merupakan penyandang kerusi Parlimen Sungai Besar sejak Pilihan Raya Umum 2004.

Dalam arena politik pula, Noriah pernah menjadi setiausaha Wanita Umno Selangor pada 1992 sebelum dilantik sebagai setiausaha Barisan Nasional Selangor selama empat tahun dari 2000.

Pada 2005, beliau dilantik sebagi pengerusi Biro Penerangan Wanita Umno Selangor dan menjadi anggota jawatankuasa Biro Wanita Umno Malaysia.

Anak kelahiran Tanjung Karang itu mempunyai empat orang anak, dua perempuan dan dua lelaki.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan