Jenazah Noriah Diterbangkan Ke Pangkalan Udara Subang

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mei 2016 9:48 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Jenazah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon diterbangkan menggunakan pesawat ke Pangkalan Udara Subang dari pangkalan tentera udara di sini.

Jenazah Ahli Parlimen Sungai Besar itu dibawa menerusi pesawat Lockheed C-130 Hercules pada Jumaat.

Antara yang hadir bagi penghantaran itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim dan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof.

Mereka yang lain termasuk Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun.

Jenazah Noriah dijadual tiba di Lapangan Terbang Subang pada Jumaat malam.

Tags / Kata Kunci: Noriah Kasnon

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan