Serpihan Helikopter Hilang Ditemui

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mei 2016 10:46 AM

Serpihan yang didakwa milik helikopter yang hilang ditemui pagi ini.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui serpihan helikopter yang dipercayai dinaiki Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan lima yang lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pasukan SAR menemui serpihan-serpihan berkenaan kira-kira pukul 9.50 pagi Jumaat.

"Maklumat yang telah diterima pada 9.50 pagi ini, pasukan SAR menjumpai serpihan-serpihan helikopter yang dipercayai dari pesawat AS350 berkenaan (gambar).

"Serpihan tersebut termasuk floatation device, kerusi dan pintu dan sebahagian dinding pesawat.

"Pasukan SAR akan meneruskan operasi sehingga main body helikopter dijumpai," katanya pada sidang media khas di bangunan DCA, di sini pada Jumaat.

Wartawan memenuhi ruang sidang media yang diadakan oleh perdana menteri di Bangunan DCA di Kuching pada Jumaat.

Tambah beliau lokasi serpihan itu ditemui adalah bersebelahan Sungai Batang Lupar.

Ditanya mengenai nasib penumpang dan juruterbang helikopter itu, Najib berkata: "Kita masih belum buat apa-apa kesimpulan pada masa ini. Cuma kita terima hakikat bahawa serpihan telah dijumpai.

"Belum ada apa-apa yang dapat kita kesan daripada penumpang yang terlibat."

Kawasan pencarian dipercayai ditemui.

Pada sidang media yang sama Najib turut mengesahkan senarai enam penumpang termasuk juruterbang pesawat jenis Eurocopter AS350 itu.

Selain Noriah, turut berada dalam pesawat itu ialah suaminya, Asmuni Abdullah.

Turut sama ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad.

Tiga yang lain ialah Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi kepada Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang RP-C 6828 Kapten Rudolf Rex Ragas.

Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada pukul 4.12 petang Khamis dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian.

Tags / Kata Kunci: Helikopter Hilang , Sarawak

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan