ATM Kerah Tiga Cabang Perkhidmatan Sertai Misi Mencari Helikopter

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mei 2016 3:49 PM

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor

(Ubah saiz teks)

KOTA SAMARAHAN: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengerahkan anggota tiga cabang perkhidmatan - udara, darat dan laut - bagi membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa helikopter Eurocopter AS350 yang  dipercayai terhempas ketika dalam perjalanan dari Betong ke Kuching, pada Khamis.

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata aset dikerahkan termasuk pesawat udara 'Beechcraft' bagi tujuan tinjauan, juruselam serta komando dalam operasi itu.

"Setelah mendapat berita (kehilangan helikopter) semalam, 'Beechcraft' kita terbangkan untuk tinjauan sehingga pagi tadi....dan pagi tadi sudah memulakan satu operasi tambahan.

"Kita juga telah gerakkan tiga perkhidmatan termasuk aset TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia), juruselam dan sebagainya kerana kita difahamkan ia berlaku di kawasan sungai.

"Di darat, kita kerahkan Komando 3 Briged, dan batalion dari Kem Sri Aman.

Bagi pihak kami, seperti menteri (Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) nyatakan, kita telah dan akan terus memberi yang terbaik sehingga kes selesai," katanya kepada pemberita di Majlis Ramah Mesra bersama Warga Tentera di Kem Muara Tuang, di sini, Jumaat.

Pada Khamis dilaporkan, helikopter jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang, dalam penerbangan ke Kuching, sebelum terputus hubungan.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Dr Sundaran Annamalai antara enam yang berada dalam helikopter itu.

Sementara itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengerahkan lima aset dengan kekuatan 60 pegawai dan anggota dalam operasi SAR di laut hari ini.

APMM dalam kenyataan di sini hari ini, berkata operasi oleh APMM itu  ditumpukan di sekitar perairan muara Batang Lupar dan Batang Sadong sehingga ke jarak lebih kurang lima batu nautika ke utara Tanjung Malaban.

Berikutan keluasan kawasan pencarian lebih kurang 150 batu nautika persegi, kawasan perairan itu dipercayai paling hampir dengan laluan helikopter tersebut, kata kenyataan itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan