Banglo:Guan Eng, Isteri Beri Keterangan Pada Jumaat - SPRM

Diterbitkan: Khamis, 5 Mei 2016 4:31 PM

Azam Baki

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan isteri Betty Chew pada Jumaat bagi membantu siasatan berhubung pembelian banglo bernilai RM2.8 juta di Jalan Pinhorn dan penjualan tanah Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini.

Pengarah Siasatan SPRM negeri Datuk Azam Baki berkata, Lim dan isteri dijangka memberi keterangan di pejabat SPRM, Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini kira-kira pukul 9.30 pagi bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

"Lim dan isteri akan dirakam percakapan di SPRM Pulau Pinang jam 9.30 pagi esok," katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp di sini pada Khamis.

Beliau berkata sehingga kini 62 saksi telah dipanggil memberi keterangan berhubung perkara itu.

Sebelum ini beberapa pihak termasuk Pergerakan Wanita dan Pemuda Umno PulauPinang membuat laporan kepada SPRM dan meminta pihak berkuasa menyiasat pembelian banglo oleh Lim yang didakwa di bawah harga pasaran dan urusan jual beli tanah Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini.

Pembelian banglo oleh ketua menteri Pulau Pinang itu menjadi kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya membangkitkan isu itu pada persidangan Dewan Rakyat, Mac lepas.   

Shabudin, yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, turut meminta Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta membuat penilaian ke atas hartanah berkenaan.   

Shabudin turut meminta SPRM menyiasat penjualan beberapa lot tanah di Pulau Pinang yang dikatakan asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin. -Bernama

Tags / Kata Kunci: SPRM , Lim Guan Eng , Betty Chew

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan