Histeria Di Sekolah Kembali 'Menyerang' - Berita Semasa | mStar

Histeria Di Sekolah Kembali 'Menyerang'

Diterbitkan: Khamis, 5 Mei 2016 10:07 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Histeria besar-besaran di SMK Pengkalan Chepa 2 berlaku lagi selepas lebih 30 pelajar perempuan dan beberapa pelajar lelaki dikejutkan dengan fenomena 'badan dirasuk'.

Kali ini keadaan adalah lebih tegang apabila dua buah ambulans dari Jabatan Pertahanan Awam telah dipanggil untuk mengambil beberapa pelajar untuk dibawa ke klinik kerajaan berhampiran.


Kira-kira 1,000 pelajar telah dibenarkan meninggalkan sekolah lebih awal pada Rabu selepas ramai yang menjerit dan meraung tanpa sebab-sebab yang jelas.

Seorang pelajar tingkatan dua yang mahu dikenali sebagai Mat, dan ditemuramah di luar sekolah berkata histeria berlaku selepas rehat pertama pada pukul 10 pagi apabila beberapa pelajar termasuk rakan sekelasnya mula menjerit.

"Histeria kali ini lebih teruk berbanding yang terakhir sebelum ini. Saya lihat rakan sekelas saya menjerit sekuat-kuat hati dan menjadi agresif...ia lebih menakutkan daripada apa yang saya tengok sebelum ini.

"Pelajar-pelajar yang terjejas serta-merta dibawa ke bilik sakit sekolah dengan bantuan anggota pertahanan awam untuk memastikan kelas kami tidak terganggu," katanya.

Seorang lagi pelajar tingkatan tiga berkata histeria itu merebak kepada pelajar lain selepas dua daripada rakan-rakannya telah dirasuk.

"Saya percaya lebih daripada 30 pelajar telah diserang histeria yang teruk," kata Anita. Beliau berkata keadaan itu begitu buruk sehingga memberi kesan kepada proses pembelajaran.

Pengetua sekolah Siti Hawa Mat tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.
Tags / Kata Kunci: histeria , rasuk , SMK Pengkalan Chepa 2
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan