Rekrut Baharu Askar Wataniah Diserap Ke Pasukan Briged Sempadan

Diterbitkan: Khamis, 5 Mei 2016 12:06 AM

Hishammuddin Tun Hussein.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Rekrut baharu Askar Wataniah akan diserap ke dalam pasukan 31 Briged Sempadan yang baru ditubuhkan untuk rondaan lebih ketat di sepanjang sempadan Sabah dan Sarawak dengan Kalimantan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata selain bagi mewujudkan peluang pekerjaan kepada generasi muda Sarawak, langkah itu juga bagi  meningkatkan keselamatan di sempadan antara Malaysia dan Indonesia, sepanjang 2,019.5 kilometer.

Sejumlah 3,250 anak watan Sarawak mendaftar untuk menjadi anggota baharu Askar Wataniah.

"Ini pencapaian sangat membanggakan dan saya amat berharap anak-anak Sarawak memanfaatkan peluang ini," katanya pada program Gelombang Askar Wataniah di Kem Penrissen, di sini malam Rabu.

Beliau berkata pasukan 31 Briged Sempadan juga mempunyai peranan memantau  tempat-tempat penting seperti empangan di Kapit - Bakun, Murud dan Baleh.

Sebelum ini, dilaporkan pasukan 31 Briged Sempadan, iaitu Briged Infantri terbaharu Tentera Darat, ditubuhkan bagi meningkatkan keupayaan tempur bagi mengimbangi bebanan tugas pasukan infantri lain di Sabah dan Sarawak, serta penugasan sempadan darat sepanjang 2,019.5km antara dua negeri itu dengan Kalimantan.

Selain itu, Hishammuddin berkata Malaysia bersama-sama negara anggota Kumpulan Kerja Mesyuarat-Plus Pakar Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN telah menjalani latihan berhubung keselamatan maritim dan anti-keganasan, bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keselamatan negara.

Beliau berkata latihan itu merupakan satu tanggungjawab negara membanteras keganasan maritim, di samping dapat menambah pengalaman dan kemahiran anggota Angkatan Tentera Malaysia.

"Melalui latihan ini juga, ia akan menjadi elemen menunjukkan kekuatan kepada kapal-kapal asing yang berhasrat menceroboh kawasan perairan negara, sekali gus mengurangkan aktiviti kemasukan kapal asing dan kapal nelayan haram ke perairan Sarawak," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan