Malaysia, Jerman Terbaik Dalam Pendidikan Tinggi Antarabangsa - Idris - Berita Semasa | mStar

Malaysia, Jerman Terbaik Dalam Pendidikan Tinggi Antarabangsa - Idris

Diterbitkan: Khamis, 5 Mei 2016 1:10 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia dan Jerman diiktiraf sebagai yang terbaik dalam kalangan 26 negara dari segi dasar keterbukaan terhadap pendidikan tinggi antarabangsa oleh British Council, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata kajian oleh badan itu menunjukkan Malaysia mendapat markah sangat tinggi dalam tiga kategori iaitu keterbukaan, jaminan kualiti dan pengiktirafan serta akses dan kemampanan.

"Hanya negara kita dan Jerman sahaja yang mendapat markah sangat tinggi dalam ketiga-tiga kategori itu," katanya dalam ucapan pada perhimpunan bulanan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), di sini Khamis.

Dalam 'The Shape of Global Higher Education: National Policies Framework for International Engagement' yang diterbitkan oleh British Council semalam, selain Malaysia dan Jerman, negara lain yang turut diiktiraf sebagai lima yang terbaik ialah Australia, United Kingdom dan China. 

Objektif utama kajian itu adalah untuk menilai dasar-dasar negara terhadap pendidikan tinggi antarabangsa dan untuk mengenal pasti bidang yang disokong oleh kerajaan di 26 negara terbabit.

Idris berkata, KPT juga telah mencapai pelbagai kejayaan antaranya melancarkan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) 2016-2020 bagi menganjak minda graduan daripada bersifat mencari kerja kepada penjana pekerjaan serta menerbitkan Buku Rubrik Purata Nilai Gred Keseluruhan Berintegrasi (iCGPA).

Dalam pada itu, katanya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga telah berjaya mengutip sejumlah RM270 juta daripada peminjam pada bulan lepas berbanding RM237 juta pada Mac, dengan sasaran kutipan berjumlah RM2 bilion pada tahun ini.

Pada perhimpunan itu, Idris turut melancarkan Buku Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di IPT dan Kejohanan Skuasy Universiti Dunia 2016 yang akan berlangsung dari 5 hingga 11 September ini di Arena Nicol David, Bukit Jalil.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Idris Jusoh , Jerman , British Counsil
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan