Kartunis Zoy Meninggal Dunia

Diterbitkan: Khamis, 5 Mei 2016 3:18 PM

Mohd Zohri Sukimi (Zoy).

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kartunis Zoy atau Mohd Zohri Sukimi, 57, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dekat sini, kira-kira 4 pagi tadi akibat komplikasi usus.

Beliau yang dikenali menerusi karya 'Takluk Jagat', 'Pendekar Sijangkang', dan 'Keris Gajah Sewu' juga merupakan bekas Ketua Unit Grafik Berita Harian yang bersara pada Disember 2014.

Menurut anak sulung Allahyarham, Mohd Iqbal Razi Mohd Zohri, 33, bapanya mula berkecimpung dalam dunia kartunis sejak di bangku sekolah dan  karya-karyanya pernah diterbitkan di akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia.

Selain itu katanya, Allahyarham bapanya juga pernah menjadi kartunis tetamu untuk komik terkenal, 'APO?' selain karyanya yang masih diterbitkan di akhbar Berita Harian setiap hujung minggu.

"Walaupun arwah ayah telah bersara dua tahun lepas, beliau masih aktif menghantar karyanya kepada surat khabar itu dan masih diterbitkan," katanya ketika dihubungi Bernama, Khamis.

Sementara itu, Setiausaha Kelab Kartunis Malaysia, Buhairi Ramli pula menyifatkan kehilangan Mohd Zohri pastinya memberi impak besar dalam industri kartunis negara memandangkan Allahyarham merupakan pelopor kartun berciri pendekar.

"Dunia kartunis negara amat merasai kehilangan arwah Zoy kerana selama ini, beliau adalah rujukan kepada kami untuk menghasilkan karya berkaitan silat.

"Ini kerana beliau sendiri ada latar belakang dalam bidang persilatan dan pemergian arwah pastinya akan menyebabkan kami serta peminat merindui  kartun-kartun silatnya," katanya.

Allahyarham Mohd Zohri meninggalkan seorang isteri , empat orang anak serta tiga cucu dan jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Sijangkang, Banting, dekat sini kira-kira 11.30 pagi tadi.

Tags / Kata Kunci: kartunis Zoy , komplikasi usus , Takluk Jaga

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan