Jabatan Warisan Negara Siasat Penemuan Kapal Dagang Di Pekan

Diterbitkan: Khamis, 5 Mei 2016 2:00 PM

Beberapa orang penduduk kampung melihat peninggalan beberapa bahagian rangka kapal dipercayai milik pedagang British yang karam di Sungai Pahang lebih 100 tahun lalu yang ditemui, Rabu, di Kampung Tanjung selepas paras air sungai hampir kering. Menurut penduduk tempatan, inilah kali pertama mereka dapat melihat rangka kapal lama ini yang pernah diceritakan oleh orang-orang kampung selepas paras Sungai Pahang surut hingga hampir kering kesan kemarau panjang. Kapal dagang panjangnya lebih kurang 30 meter ini dipercayai karam ketika dalam perjalanan menyusur ke Temerloh dan Lipis untuk aktiviti perdagangan. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Jabatan Warisan Negara dijangka menghantar kakitangannya melawat lokasi penemuan bangkai kapal dagang didakwa milik British yang ditemui di Sungai Pahang berhampiran Kampung Tanjung, Paloh Hinai, Pekan, Rabu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan Pahang Datuk SeriMohd Sharkar Shamsuddin berkata jabatan berkenaan akan melakukan siasatan berhubung penemuan bangkai kapal itu yang didakwa karam secara misteri di sungai itu lebih 100 tahun lalu.

"Kakitangan jabatan perlu menemu bual ketua kampung dan penduduk yang dikatakan menemui bangkai kapal berkenaan. Saya tidak mahu buat sebarang spekulasi dan kita meminta semua pihak turut tidak berbuat demikian," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Mohd Sharkar berkata beliau juga mengetahui penemuan kapal itu menerusi laporan media memandangkan tiada laporan berkaitan penemuan tersebut sebelum ini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri akan memikirkan sesuatu yang boleh menjadikan penemuan itu sebagai satu lagi khazanah pelancongan di Pahang, jika dakwaan kapal itu milik British adalah benar.

Semalam, media melaporkan penemuan bangkai kapal berkenaan susulan paras air sungai Pahang yang menjadi semakin cetek akibat fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan