P.Pinang Pasang Alat Penguatkuasaan Moden Dalam Bandar

Diterbitkan: Khamis, 5 Mei 2016 1:08 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pulau Pinang telah membawa aspek penguatkuasaannya selangkah ke hadapan dengan menjadi negeri pertama di negara ini menggunakan speaker dan hon bersama-sama dengan kamera CCTV.

Pengarah Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) A. Rajendran  berkata walaupun penggunaan kamera CCTV bukan perkara baru di negeri-negeri lain, Pulau Pinang adalah negeri pertama di negara ini yang menggunakan kamera dengan spaker serta hon dalam usaha untuk meningkatkan penguatkuasaannya.

Beliau berkata dua speaker dengan hon diletakkan di setiap CCTV yang dipasang pada tiang yang mengadap arah berbeza untuk mengeluarkan amaran atau pengumuman awam semasa kecemasan.

"Kamera dipasang pada tiang, dan di tiang, kita mempunyai dua speaker.

"Speaker dengan hon telah dipasang sejak 2008 dan sejak itu ia telah digunakan sehingga sekarang dan kemudian untuk tujuan penguatkuasaan dan pengumuman semasa kecemasan seperti mengeluarkan amaran tsunami.

"Bagi halangan lalu lintas, kami mengesan mereka terlebih dahulu melalui kamera dan kemudian melalui speaker yang ada kami meminta pemilik kenderaan untuk mengalihkan kenderaan mereka. Jika mereka masih tidak berbuat demikian, kami akan menghantar unit penguatkuasaan kami untuk menunda atau mengetatkan kawalan kenderaan mereka. Kami sentiasa memberi mereka amaran terlebih dahulu," katanya ketika dihubungi, Rabu.

Dilaporkan bahawa pegawai penguatkuasa MBPP tidak hanya membuat pemantauan melalui kamera CCTV tetapi mereka juga mengeluarkan amaran melalui speaker.

Setiausaha MBPP Ang Aing Thye dilaporkan berkata jika pemilik kenderaan gagal mematuhi amaran dalam masa 15 minit, tindakan akan diambil, termasuk menunda keretanya atau mengeluarkan saman.

Beliau berkata sebanyak 534 kamera CCTV, dengan kos RM38.3 juta akan beroperasi sepenuhnya di pulau itu untuk meningkatkan pengawasan menjelang akhir tahun ini.
Tags / Kata Kunci: CCTV , speaker

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan