Tidak Dapat Hadir Ke Majlis Kerana Demam, Pening - Adenan

Diterbitkan: Khamis, 5 Mei 2016 11:26 PM

Reaksi Adenan ketika menjawab pertanyaan wartawan pada sidang media di bangunan lama Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) pada Khamis. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata beliau tidak dapat menghadiri beberapa majlis yang dijadualkan pada Khamis akibat "demam dan pening".

Berikutan jadual yang padat dalam tempoh tiga minggu lepas, doktor  menasihatkan saya supaya berehat hari ini (Khamis), katanya pada sidang media di sini.

"Saya menjelajah ke seluruh negeri...saya sangat sibuk. Ia memberi kesan terhadap kesihatan saya. Oleh itu, doktor menasihatkan saya supaya berehat hari ini (Khamis)...saya telah mengambil ubat.

"(Kini) saya kelihatan segar dan saya nampak kacak seperti sebelum ini," katanya sambil tersenyum.

Adenan turut menyebut beliau hampir menemui ajal tiga tahun lepas kerana masalah jantung, dan berkata: "Tuhan memberi saya peluang dan petunjuk agar melakukan lebih banyak lagi untuk rakyat Sarawak.

"Adenan kini sangat sibuk mengetuai kempen Barisan Nasional menghadapi pilihan raya negeri Sarawak, Sabtu ini. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Adenan Satem , PRN Sarawak

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan