Tiada Lagi Polis Pengiring Untuk Tun M - KPN

Diterbitkan: Rabu, 4 Mei 2016 2:03 PM

Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menghadiri himpunan 'SElamatkan Malaysia di Shah Alam, baru-baru ini. -fotoAZMAN GHANI/The Star

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis trafik kini tidak akan mengiringi Tun Dr Mahathir Mohamad kecuali dengan permintaan untuk menghadiri majlis rasmi.

"Kami akan mempertimbangkan polis pengiring trafik untuk Tun Mahathir berdasarkan kes dari masa ke semasa, '' kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid berkata beliau memutuskan untuk menarik balik keistimewaan polis pengiring untuk bekas perdana menteri itu kerana beliau telah menghadiri majlis-majlis haram atau anti-kerajaan' seperti Bersih dan perhimpunan Bantah GST.

"Saya telah membuat keputusan untuk menarik balik pengiring kerana beliau (Dr Mahathir) telah menghadiri majlis-majlis haram. Tidak masuk akal apabila penguatkuasa undang-undang mengiringi seseorang yang anti-kerajaan atau menyertai perhimpunan haram.

"Tetapi, saya tidak menarik balik pengawal peribadi beliau yang merupakan seorang anggota polis dari UTK (Unit Tindakan Khas) untuk keselamatan peribadi beliau," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan pingat kepada 200 anggota polis yang berkhidmat semasa Ops Daulat ketika pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu pada tahun 2013.

"Mengapa kita perlu menyediakan polis pengiring kepada seseorang yang akan pergi ke majlis menyalahi undang-undang,'' katanya.

Khalid berkata, jika Dr Mahathir menghadiri sebuah majlis rasmi kerajaan, beliau boleh memohon kepada dirinya sendiri untuk mendapatkan khidmat polis pengiring trafik.

"Saya harap Tun Mahathir memahami kedudukan kami mengenai perkara itu, '' katanya.

Khalid memberi amaran kepada orang lain untuk tidak memberikan perkhidmatan pengiring kepada bekas perdana menteri itu kerana mereka tidak dilatih dan akan membahayakan nyawa mereka sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

"Saya tahu ada orang yang akan kata mereka mahu menyediakan perkhidmatan pengiring trafik. Kami akan mengambil tindakan terhadap orang-orang seperti ini yang ingin menjadi pengiring,'' katanya sambil menambah terdapat undang-undang yang mencukupi, termasuk Akta Pengangkutan Jalan, yang boleh digunakan terhadap mereka.

Beliau berkata, pengguna jalan raya tidak perlu mengikut 'arahan' daripada pengiring swasta yang biasanya menunggang motosikal besar.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan