Banglo Guan Eng: 'Tiada Tindakan Susulan' Terhadap Penjual

Diterbitkan: Rabu, 4 Mei 2016 10:57 AM

Banglo milik Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, P.Pinang yang dibeli daripada Phang Li Koon.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Satu keputusan telah dibuat oleh Jabatan Peguam Negara di Putrajaya untuk menutup kes terhadap Phang Li Koon yang didakwa membuat akuan bersumpah (SD) palsu.

Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata beliau dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya mengenai keputusan itu yang dibuat kira-kira dua atau tiga hari lalu oleh Peguam Negara.


"Ia telah diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Susulan (NFA)," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perhimpunan bulanan di ibu pejabat polis negeri, Rabu.

Beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Phang kerana membuat SD palsu mengenai penjualan banglonya kepada Lim Guan Eng yang didakwa dibuat di bawah nilai pasaran.

Phang telah membuat suatu akuan berkanun bulan lalu mendakwa bahawa dia tidak mempunyai urusan perniagaan dengan kerajaan negeri.
Tags / Kata Kunci: banglo Lim Guan Eng , Phang Li Koon

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan