APO2016: Pemenang Peraduan Teruja Saksi Kemeriahan Malam Kemuncak

Diterbitkan: Rabu, 4 Mei 2016 7:30 AM

Hazama dan Dayang Nurfaizah menggegarkan pentas persembahan APO2016, Sabtu lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Cubaan sekadar suka-suka membawa tuah kepada Nurul Alia Ahmad Sanusi, seorang petugas  taska di Putrajaya apabila memenangi peraduan Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016).

Bahkan, wanita berusia 29 tahun itu yang sering mengikuti pelbagai peraduan menyifatkan dirinya sebagai cukup bertuah kerana berpeluang menghadiri malam kemuncak APO2016 yang julung kalinya diadakan, Sabtu lalu.

"Saya memang suka ikuti pelbagai peraduan, pernah juga menang terutamanya peraduan like & share di Facebook.

"Namun, kemenangan ini paling bermakna kerana dapat menjadi sebahagian daripada penonton yang memeriahkan malam kemuncak AP02016," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Nurul Alia berkata, dia tidak pernah berputus-asa untuk terus mencuba nasib semasa isyarat memanggil Suria FM dibuka walaupun sebelum ini tidak berjaya.

"Saya cuba banyak kali tapi tak sangka pula ada satu hari itu, tekaan saya betul. Saya gembira dan berterima kasih di atas hadiah yang diberikan," katanya.

Sementara itu, Pembantu Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Intan Juliana Mohd Zin tidak menjangka apabila percubaan kali pertama menghubungi stesen radio, Suria FM semasa isyarat memanggil untuk peraduan tersebut berjaya apabila dia dapat menjawab soalan diajukan dengan mudah.

"Saya teruja kerana itu percubaan pertama saya, tak sangka jawapan saya tepat.

"Saya kena jawab soalan berkaitan APO2016. Soalan itu mudah bagi saya kerana sering mengikuti perkembangan mengenai anugerah itu menerusi portal mStar Online," katanya.

Intan Juliana (dua dari kiri) bersama tiga pemenang peraduan lain, dari kiri, Intan Natasha Safiqah Abdullah, Nurul Izmalina Razali dan Siti Nurul Azira Abu Hassan pada malam kemuncak APO2016, Sabtu lalu.

Wanita berusia 30 tahun itu juga berkata beliau amat gembira kerana dapat berselfie bersama dengan Deejay Suria FM kegemarannya, DJ Lin selepas tamat majlis tersebut.

"Terima kasih mStar Online dan Suria FM. Dengan memenangi peraduan APO2016 saya dapat bertemu dengan DJ Lin yang amat saya minati. Saya harap anugerah ini akan diadakan setiap tahun," katanya.

Nurul Alia dan Intan Juliana antara 50 pemenang yang berjaya peraduan APO2016 anjuran portal mStar Online dan Suria FM sebelum majlis kemuncaknya di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur yang ditaja syarikat produk kosmetik terkemuka, Dnars dan turut diserikan dengan kehadiran pengasasnya, Faziani Rohban.

Setiap pemenang peraduan di mStar Online menerima dua tiket VIP, manakala pemanggil yang memberi jawapan tepat di Suria FM menerima empat tiket VIP untuk menonton malam kemuncak APO2016 yang yang disiarkan secara langsung di TV2, RTM.

Bagi peraduan menerusi portal mStar Online pula, setiap peserta perlu membuat undian APO2016 pada peringkat pencalonan dan pengundian limat teratas.

Pemenang ditentukan berdasarkan ketepatan membuat pilihan finalis setiap kategori dan pemenang 17 kategori APO2016, tidak termasuk kategori Personaliti Terunggul.

Sementara itu, melalui peraduan di Suria FM, pendengar hanya perlu membuat panggilan semasa isyarat memanggil dan menjawab soalan mudah berkaitan APO2016.

Isyarat memanggil dilakukan semasa segmen Ceria Pagi Suria (5 pagi– 10 pagi), Rock n Relax Suria (1 tengah hari – 4 petang) dan Ceria Petang Suria (4 petang– 8 malam).

Tags / Kata Kunci: mStar Online , Suria FM , APO2016

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan